PROCESS SARINGAN

APAKAH PROSES SARINGAN?

Kaedah Pelaksanaan Saringan Numerasi (LISAN)
  • Instrumen ini hendaklah ditadbir mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Semua murid Tahap satu mesti menduduki saringan ini.
  • Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah
  • Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)
  • Ditadbir mengikut urutan item / konstruk
  • Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid
  • Guru linus disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan
  • Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid
  • Guru LINUS perlu membantu murid memahami tugasan item  / konstruk
  • Murid disaring secara telus dan jujur
  • Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi
  • Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut
Kaedah Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca
1.  Instrumen literasi membaca mengandungi 12 konstruk.
2.  Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran
     Bahasa Melayu.
3.  Instrumen ini ditadbir secara individu atau kumpulan kecil tidak melebihi tiga orang murid serta              
     mengikut kesediaan murid.
4.  Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
5.  Setelah kesemua konstruk ditaksir, pentaksir boleh mengulang 
     mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
6.  Murid boleh memberi respons secara mengeja atau membaca terus.
7.  Dicadangkan murid duduk bersebelahan pentaksir ketika pentaksiran dilaksanakan.
8.  Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur.
9.  Kesemua konstruk hendaklah ditaksir dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
10.Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu  
     (BPPI) yang baharu.
11.Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas dan tahun.
12.Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap konstruk pada ru ang yang disediakan.
13.BPPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail peribadi murid untuk tujuan rujukan.
14.Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan bersama-sama murid.

                                                          Pentadbiran Instrumen:
Menulis/ Bertulis
  • Ditadbir : di dalam kelas waktu pengajaran
  • dijalankan oleh guru yang mengajar
  • tidak dijalankan secara rasmi (bukan kaedah peperiksaan)
  • instrumen yang disediakan oleh KPM
  • boleh ditadbir empat sesi;
Sesi 1 – konstruk 1 – 3 (30 minit)
Sesi 2 – konstruk 4 – 6 (30 minit)
Sesi 3 – konstruk 7 – 9 (30 minit)
Sesi 4 – konstruk 10 – 12 (30 minit)
semua konstruk mesti dijawab

PELAPORAN

Dilaporkan penguasaan murid-murid bagi setiap konstruk menggunakan Borang Pelaporan  Penguasaan Individu (BPPI) selepas tamat saringan dijalankan. Kesilapan selalunya berlaku semasa saringan membaca dijalankan apabila murid hanya diberikan sekali sahaja peluang dan guru melaporkan penguasaan mereka sebagai tidak menguasai. Kesilapan melaporkan penguasaan murid menyebabkan data penguasaan bagi Literasi dan Numerasi akan memberikan impak yang ketara seterusnya menggambarkan prestasi NKRA Pendidikan

PENENTUAN PENGUASAAN
  • Mesti menguasai konstruk membaca dan menulis
  • Akan berlaku ketidakstabilan penguasaan antara konstruk membaca dan menulis. Penentuan perlu akur akan maklumat dan arahan.
  • Pastikan murid yang benar-benar menguasai bukan berhasrat melapor peratus penguasaan

No comments:

Post a Comment