LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG PROGRAM LINUS

PENDAHULUAN
  • National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
  • Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi  (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan.
  • Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
  • Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
  • Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
  • Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
  • Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL
  • Masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
  • KIA2M (2006) memfokuskan Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan.
  • PROTIM memfokuskan Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi. Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
  • Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”
 

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

i.    mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii.   membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii.  membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah.
      dengan menggunakan kata hubung ‘dan’


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI
 
i.   membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii.  membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula
      dari sebarang nombor;
iii.  menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv.  mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu
      dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Ujian LINUS Saringan 1 diadakan dalam bulan March manakala Ujian LINUS Saringan 2 akan diadakan pada bulan September.

GURU LINUS

Terdiri dari Guru Bahasa Malaysia dan Guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
Guru Pemulihan Khas. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid). Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

 
PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
  • Penyeliaan dan pencerapan dilaksanakan oleh pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
  • GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
  • Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid.
  • Pelaporan dibuat 2 kali sebulan.

PELAPORAN

Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.


PENUTUP
  • Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
  • Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’s

No comments:

Post a Comment